Wednesday 6 January 2016

Cheras ▶ Bintulu ▶ Serdang

Dah 2016... Yeayyyy! 
Umur pun dah makin meningkat, akal makin tak boleh nak singkat. Banyak fikir itu, ini.. Yelah, dah tua kan.

Meh kita throwback sikit 5 tahun yg lepas ⏪⏪⏪⏪⏪⏪⏪⏪⏪⏪⏪⏪⏪

2011. Officially dah habis zaman sekolah selama 11 tahun dengan SPM. Isi UPU pulak time tu bila dah dapat result. Alhamdulillah keputusan baik tapi tak la secemerlang straight, biasa biasa saja. So, masa isi, memang dah fikir banyak kali ni, semua 8 pilihan aku letak diploma. Why? Sebab aku bukannya jenis yang hadap je buku memanjang kalau study kat level pra-U ni (asasi, matrik, stpm dan sewaktu dengannya lah) and sebagai backup kalau habis dip boleh kerja, tak dela bazir sijil aku tu kan. 2 benda yang aku rasa agak gila bagi orang lain la kan, actually dia tak la gila tapi mungkin tak berapa familiar dengan pilihan aku ni, first aku punya pilihan semua dip walhal result aku bole masuk untuk apa apa level pra-u pun tapi aku tak mau. Kenapa? Macam yang aku cakap kat atas tadi tu la. Second reason pulak,1st choice UPU aku is Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan UPM Kampus Bintulu. ...BINTULU?? Weh, Sarawak kottt (masa tu la, zaman jahiliyah otak tak berkembang). Fikir Sarawak mesti kebanyakan orang termasuk aku (yang dulu) pikir nak survive macam mana kat sana. Tapi sebab banyak consideration so aku pilih la DKHP (singkatan nama dio aku amek ni di Bintulu).

2012-2015. Habis SPM, cari poket money la kan. Kerja kat N-Store Carrefour (sekarang Aeon Big) kat BTHO, tempat aku tinggal. Kumpul duit pun untuk perbelanjaan kat Bintulu nanti, Alhamdulillah kerja punya kerja punya kerja 4 bulan, dapat kumpul RM2000++. Duit macam tak usik pun kan? Sebab aku ni kadang2 je shopping dan penjimat orangnya. Ahahaha. Ok tak. Kadang2 aku ni kedekut gak sebenarnya even dengan diri sendiri. Tapi untuk long term maaa.. Haaa, then sampailah masa aku stop kerja sebab dah dapat offer letter untuk belajar kat Bintulu n kos yang aku mintak tu, DKHP tuu. So buat la macam2 preparation, beli itu beli ini, buat pasport perjalanan terhad nak masuk Sarawak, tiket flight, semua la. Pendek kata, urusan dipermudahkan. Sampai la masa untuk berangkat ke Bintulu, pukul 4 pagi lebih masa tu dari rumah. Ok masuk part sedih,

Semasa waktu itu, cuma ibu dan kak long saja yang dapat menemani aku untuk mendaftar di Bintulu. Tinggal 2 adik, lelaki dan perempuan di rumah bersama ayah. Dek kerana harga tiket terlalu mahal, cuma kami bertiga saja yang pergi. Tak dapat tahan sebak masa tu, fikirkan banyaknya duit nak pakai untuk hantar aku sampai kan tak semua ahli keluarga dapat hantar aku. Pertama kali, adik lelaki aku kejar dan peluk aku erat tak nak lepaskan aku pergi. Meratap. Air mata aku pun mengalir masa tu. Berat hati tinggalkan mereka. Sampai di LCCT hingga ke airport Bintulu dan tiba di UPM Bintulu, hati aku rasa sedih. Memikirkan tak sampai 24 jam ku dah tinggalkan keluarga aku beribu batu jauhnya. Lepas ni 3 tahun kat sini. Betul ke apa yang aku buat ni? Hati aku bertanya. Mujur ada ibu dan kak long teman aku 3 hari di sana, bantu uruskan pendaftaran dan tempat tinggal aku di sana. Malam terakhir ibu dan kak long di Bintulu, semasa di hotel, aku tidur dengan ibu setelah berapa lama tak tidur dengan beliau. Ibu tepuk lembut di dadaku berkali kali semasa tidur, cuba untuk tenangkan aku yang akan berdikari 3 tahun di sana tapi aku tahu tepukan lembut itu adalah untuk menenangkan hatinya juga. Keesokan pagi, aku iring mereka pulang sampai ke airport Bintulu. Tak pernah aku lihat mereka menangis meratap ratap hendak tinggalkan aku. Aku pun sama. Pesan ibu, jangan lupa solat dan lazimkan baca Al Quran. Setiap langkah ibu dari tempat aku berdiri, melepasi gate pemeriksaan, sampailah mereka melayangkan lambaian terakhir mereka sebelum terputus pandangan antara aku dan mereka, aku takkan lupa. Ya Allah, ini mimpikah? Aku ditinggalkan ni, untuk berdikari. Kenapa aku seperti tak kuat dengan pendirian aku sendiri yang mahu datang sini? Dalam sedih selubungi diri, aku gagah kembali ke kampus. Kali ini, bukan ibu dan along yang iring aku, cuma air mata, iman dan kekuatan diri akan dorong aku berdikari di negeri orang untuk 3 tahun.

Ok habis, fuhhhh. Sebak pulak rasanya tulis balik hehe. So perjalanan kat sana memang banyak pahit manis la kata orang kan. Kat sana, mula aku kenal dan belajar lebih dalam pasal haiwan2 macam lembu, kambing, arnab, itik, rusa, kerbau, ayam, ostrich. Haaaa ostrich tau! Jangan main2 haha. Dari pembelajaran secara teori ke praktikal, memang seronok sebab setiap hari belajar benda baru. So kepada anda yang dapat belajar sana dan nak belajar sana dan tak tahu ok ke tak belajar di sana, boleh tanya saya ya. Jangan risau 

Ok fast forwardkannn sikit ⏩⏩⏩

2015. Dah habis diplomaaaaa! Yeahh Alhamdulillah diberikan rezeki untuk grad. Secara rasminya aku adalah alumni UPMKB yawww huhu alumni kot rasa macam dah tua tapi memang betul pun. Cuma konvo bukan di Bintulu, tapi di UPM Serdang. Alhamdulillah walaupun tak semua yang ada masa konvo tapi tetap meriah kawan2 sama kos n kos lain pun grad jugak. Yeayyy hehe.

September 2015. Sekali lagi Alhamdulillah diberikan peluang untuk sambung belajar lagi, Doktor Perubatan Veterinar pulak kali ni. 5 tahun brooooo. Dah la masa dip 3 tahun belajar ni 5 tahun pulak. Orang lain 5 tahun dah dapat degree kan. Tapi aku tak kisah, sebab minat punya hal, alhamdulillah.

Awal 2016. Tengah struggle habiskan final exam sem 1 first year, last paper Animal Agriculture. Lepas tu dah start cuti sem tapi kos aku tak cuti nya derr kami kena pergi Latihan Industri a.k.a praktikal haaa. So korang yang bercadang nak amek kos veterinar a.k.a doktor haiwan ni fikir masak2 ok sebab banyak benda yang korang kena korbankan, antaranya cuti semester la. Setiap cuti semester kena praktikal. Saya ulang, SETIAP CUTI SEMESTERRRR. Nah kalau tak nampak tak tahu la haha. Tapi kalau nak tahu pasal kos ni boleh la tanya saya, insyaAllah saya akan cuba bagi maklumat yang munasabah ya adik2 ya hehe.

So tu je entry kali ni, banyak yang lain aku akan try tulis lagi. Dah 2 tahun buat blog, tu pun sebab tugasan ICT masa belajar dip dulu. Dah tua ni baru terasa nak menulis banyak benda hehe.

Sekian 🙋

Nah belanja sikit gambar grad 😉

Saturday 19 September 2015

Career Week Experience | Fac. Veterinary Medicine UPM

Career Week 2015 . For normal students, some might found this particular event is not their cup of tea. Well obviously, who would like to spend their 2-3 hours just to hear someone was talking on the stage? Some might just fell into sleep, some would just don't care at all whatever the speaker was talking about in front. All these perceptions, probably, I'm sure, everyone would felt the same. Some of them. Not everyone. Okay. 


But i have to say, this career talk totally has risen up my spirit back to strive for more in the future as a vet one day. The talk was very interactive and responsive, and inspirational as well. With all the speakers that being invited to this talk, they were not just giving and sharing their experiences during the time of studies and job but I really felt that they 'channeled' their aura and spirit to every single of us in the auditorium. 

Being A Vet
Not an easy job but not impossible to succeed. It depends on your passion and interest in various field, from wildlife to pharmaceuticals, if you really strive for your dreams, you would succeed. This was generally said by the speakers throughout those 3 days. Things like sacrifice, willingness to learn, never give up, try something new and other positive attitudes are being implemented by the speakers in their respective jobs.

Widened Horizon
Surely. Haha. 
 Me asking question regarding on livestock production specific on dairy production to Dr. Ardhy Adnan from DVS.


Vet That I Would To Be
A farm vet. Livestock farm vet I meant. I like ruminants and poultry and other livestock. Why? Because our nation is still lack on livestock production (excluding poultry and pig production) and the demand for their product is still high in this country. And to have good products from this livestock, it must come from healthy animals. 

My friends and I after the talk. Notice me holding the gift after asking question to Prof Sharif, it was a package of chocolate. Yummm! 


 So that's where me and other vets one day would treat them for their own welfare and other people welfare. Indirectly, I served for two parties and I bet it would felt great.

Some of the gifts that I got when giving the speakers questions. Yeah, the gifts are a bit too cute for a gentleman like me

Favorite Speaker
Absolutely Prof. Dato' Dr Mohd Shariff ! He is the real definition of gentleman with possession of various knowledge and courage to break into new paradigm.


Everyone's favorite man, Prof. Shariff in the house! 


That's all from me. I hope can write something more interesting in the future. Have a pleasant day!

Friday 8 March 2013

Semester 2

Nk ujung sem 2 dah.. cepat nye mase berlalu.. dah nak balek umah dah.. rindu dgn family tersayang dan ehem2.. so far enjoy, syukur sgt2 dan selesa dapat blaja dkt sini.. lebih2 lg sbb dpt kejar impian yg tulus, halus, mulus dan kudus utk blaja lgkah awal utk jd vet yg berjaya.. dari makcik cleaner blok smpai la ke Prof. Dekan yang sporting gile2, saye rase sgt seronok tinggal dan belajar di sini.. :D

#kamek cinta Bintulu.. :D


R.O.O.M

8 March 2013

Tarikh yg membuat satu lagi sejarah tentang course batch saye yg mane kami masuk prtndingn "Suara Alam" yg gunakan muzik dari bhn buangan.. Special thanks to my awesome fren @ class rep Muhammad Amirul Hakim kerana berusaha sungguh2 utk satukan kami dan senior course kami selain utk tnjukkan bakat yg kami ada.. :D :D.. usaha selama 1 setengah hari agak berbaloi walau ada brbpa masalah teknika itu hari.. heee~~

#tmpat ke 3 akhirnye.. dapat no.1 pun best gak sbb boleh wakil UPMKB.. x pela, rezki masing2 :)